Monday, August 30, 2010

Takdir Puisi Cinta - My Current Favourite Song

Opick Ft. Melly G - Takdir 

dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah kubersedih kubahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencananya
semua berjalan dalam kehendaknya
nafas hidung cinta dan segalanya
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )
bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan dia
karena hanya dengannya hati tenang
damai jiwa dan raga
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
hanya padamu ya robbi


Wednesday, August 18, 2010

Keajaiban Tulang Sulbi (Coccyx)

Bismillahirrahmanirrahim.....


Baru-baru ini saya ada membaca majalah solusi edisi 19. Terdapat satu artikel dari ruangan 'Fizikr' yang membincangkan mengenai Islam dan Sains karangan Dr. Farhan Hadi Mohd Taib yang sangat menarik hati saya. Di dalam artikel ini, beliau membincangkan mengenai tulang sulbi. Pada mulanya saya tertanya-tanya, apakah tulang sulbi ini? Melalui penerangan artikel ini, tulang sulbi ini dalam Bahasa Inggerisnya ialah 'Coccyx' (selama ini saya hanya tahu sebutannya dalam Bahasa Inggeris sahaja). Sejenis tulang yang terletak pada hujung tulang belakang kita yang juga disebut sebagai 'kilang darah' menurut artikel ini.'Coccyx' yang juga merupakan tulang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang belakang ini rupa-rupanya sudah mula disebut oleh Rasulullah S.A.W. sejak 14 abad dahulu.
















Sabda baginda:
"Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia 
 diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (Riwayat al-Nasa'i, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Apakah tidak jelas lagi tentang kebenaran Islam? Jika tidak masakan Rasulullah S.A.W. yang dikenali sebagai seorang yang buta huruf mempunyai ilmu setinggi itu. Di manakah baginda mengetahui perihal tersebut sedangkan pada zaman itu belum ada lagi teknologi-teknologi canggih untuk mengetahui perihal sains perubatan ini? Masya-Allah....

Berbalik kepada cerita tulang sulbi, ilmu perubatan membuktikan bahawa zigot (ovum yang sudah disenyawakan dengan sperma) akan membahagi menjadi struktur pertama iaitu 'hujung ekor' (menurut pemahaman saya tulang sulbi). 'Hujung ekor' ini akan terus membahagi menjadi struktur-struktur lain sehingga menjadi seorang manusia yang sempurna. Satu lagi fakta menarik tentang tulang sulbi ini ialah ia dikatakan tidak akan hancur tidak kira berapa ribu tahun pun manusia itu sudah meninggal dunia. Kajian ini dibuktikan benar oleh seorang saintis Jerman Hans Spemann yang telah memenangi hadiah Nobel hasil kejayaan beliau membuktikan tulang sulbi ini tidak akan rosak sel-selnya meskipun dibakar atau dikisar (setelah dikisar sudah tentu struktur fizikalnya hancur, tetapi sel-sel dalamannya masih hidup). Kajian yang sama juga telah dilakukan oleh dua orang saintis Islam yang bernama Dr. Uthman Jailani dan Syeikh Abdul Majid al-Zindani dari Universiti Sana'a, Yaman. Hans Spemann juga berjaya membuktikan bahawa keupayaan sel-sel coccyx tumbuh semula bila ia cuba dimasukkan ke dalam embrio-embrio lain.

Berdasarkan maklumat tersebut, bila kita kaitkan dengan hadith yang telah dinyatakan di atas pengarang menyimpulkan bahawa tulang yang dikatakan tidak akan hancur inilah yang akan menjadi 'benih' yang akan membangkitkan semula manusia di akhirat nanti.

Firman Allah S.W.T.:
"Apabila bumi digoncangkan dengan (goncangan yang dahsyat). Dan bumi mengeluarkan beban yang berat (yang dikandung di dalamnya). Dan manusia bertanya:'Mengapa bumi (menjadi begini)? " (Surah al-Zalzalah 99: 1-3)

Turut dinyatakan menurut kitab Syarah al-Aqidah al-Tahawiyyah karangan Syeikh Muhammad Aman Aljami, 'Apabila benih-benih ini dikeluarkan ke permukaan bumi, Allah S.W.T. akan mengeluarkan hujan dari langit. Air hujan ini turun seumpama air mani lelaki lalu menumbuhkan bahagian-bahagian hujung ekor itu sebagaimana pokok-pokok yang tumbuh dari tanah'.

Artikel ini cukup memberi kepuasan kepada saya yang telah menceburi bidang sains sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hakikatnya, Islam sendiri telah lengkap dengan pelbagai pengetahuan. Lebih hebat lagi pengetahuan tersebut datangnya 'direct' dari Yang Maha Pencipta lagi Yang Maha Mengetahui.Tinggal lagi kita sahaja mencarinya menerusi hadith dan al-Quran. Subhanallah....Allah sahaja mengetahui betapa saya mengagumi kasih sayang dan kebesaran-Nya.

Wallhualam.......

ALWAYS THANKFUL FOR WHATEVER HAPPENED TO US


Bismillahirrahmanirrahim.....

Kita selalu bertanya pada diri kita hatta kepada Tuhan kita yang maha Esa, mengapa sesuatu yang keburukan itu menimpa diri kita. Mengapa kita diuji dengan dugaan yang kadang-kadang tidak mampu kita tanggung. Apakah begitu besar dosa kita sehingga kita dibalas sebegitu ujian. Dan mengapa sesetengah manusia yang terang-terangan berbuat dosa tanpa segan silu kelihatan begitu mudah melupakan dosa yang telah dilakukan. Tapi kita lupa bahawa Rasulullah S.A.W. , manusia yang dikatakan suci dari sebarang dosa, yang juga kekasih Allah yang maha Esa turut diuji dengan pelbagai ujian. Malah ujian-ujian tersebut jauh lebih dahsyat dari ujian yang diberikan kepada kita yang tidak tahu mana letaknya diri ini di sisi-Nya. Saya ingin kongsikan hadith Rasulullah S.A.W. yang cukup menyedarkan saya tentang kasih sayang Allah pada hamba-Nya:-

Dari Abdullah r.a katanya: Sabda Rasulullah S.A.W. :"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." (Muslim) Huraian : Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah" (Tirmidzi dan Ibnu Madjah)

Saya sedar, dalam keadaan dihurungi dosa-dosa dunia, Allah masih lagi sudi menghulurkan kasih sayang-Nya. Sesungguhya saya sangat mensyukuri kesudian-Nya. Segala persoalan mengenai dugaan dan ujian-Nya yang bermain dalam fikiran terjawab. Masya-Allah....suka saya berkongsi satu lagi hadith yang cukup cantik untuk dijadikan panduan. Sumber rujukan hadith ini adalah dari

Hadith Database


Book 33, Number 6441:

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: A strong believer is better and is more lovable to Allah than a weak believer, and there is good in everyone, (but) cherish that which gives you benefit (in the Hereafter) and seek help from Allah and do not lose heart, and if anything (in the form of trouble) comes to you, don't say : If I had not done that, it would not have happened so and so, but say: Allah did that what He had ordained to do and your "if" opens the (gate) for the Satan.



Semoga Allah sentiasa memberkati kita dan kita akan terus yakin atas perancangan-Nya yang Maha Sempurna.